Arwah Akmal sudah berkawin pada 5/2/2019..
Kepada yang tidak tahu, mohon maaf sebab tak sempat nak buat kenduri sebelah arwah abang..
Blog yang lepas bukan blog abang putus cinta..
Tapi blog untuk orang yang arwah sangat sayangi ..
Abang perlu rehat.. Rehat dari memikirkan orang yang abang sayang..
Abang perlu rehat.. Rehat dari usaha pergi ke banyak tempat demi untuk orang yang abang sayang..
Abang perlu rehat.. Rehat dari orang yang suka berkelakuan kasar pada abang..
Tidak mengapa abang, orang yang tidak mahu hargai abang.
Abang sabar orang mengata abang..
Bila adik, ummi dan ayah menasihati abang, abang selalu cakap "astagfirullah, sabar, La Hawla Wala Quwwata Illa Billah , selagi boleh usaha kita usaha."
Allahu kuatnya hati abang.
Kami sayang abang..
Abang.. sebenarnya hati abang sakit kan bila orang yang abang sayang layan abang macam tu..π’ Tapi abang kuat,kuat sangat..
Adik, ummi dan ayah yang nangis tengok orang buat kat abang macamtu..
Adik banyak pesan kan abang, "kalau abang bahagia, adik juga bahagia" .. Tapi adik ummi ayah juga rasa sakit bang..
Takpe abang, sekarang abang tak payah fikir apa dah π’
Takpe abang kita biar orang buat kita, menfitnah keluarga kita ye..
Allah kan ada..
Abang seorang abang yang baik, anak yang baik iaitu sanggup berkorban dari segi kewangan dan sbgainya juga kawan yang baik, dan suami yang baik..
Moga Allah beri ganjaran kepada Abang.. Aamiin..
Abang, adik dah dah takde adik beradik lain dah, abang satu satunya abang dan adik beradik yang adik ada..
Abang lah harapan keluarga kita..
Selalu asyik teringat kat abang, tapi Ayah Ummi dan adik redha atas pemergian abang.. Kami sayang abang.
Sehingga akhir hayat adik, adik akan jaga ummi ayah kita baik baik ye..
Tidak mengapa, kita berpisah abang di dunia yang sementara, kita berjumpa di syurga yang kekal abadi πin shaa Allah, Aamiin..
Abang tunggu ya..
Al fatihah(baca) buat Muhammad Akmal Bin Yaakob..
Maafkan salah silap arwah Muhammad Akmal Bin Yaakob..
Mohon doakan arwah Muhammad Akmal Bin Yaakob..
Kawan- kawan
Friday, May 10, 2019
Wednesday, May 1, 2019
Untuk Awak
Assalamualaikum,
saya harap satu hari nanti, awak baca nukilan yang tak seberapa ini.
Awak apa khabar? Sihat?
lagi 4 hari untuk genap 3 bulan kita bersama.
Saya bersyukur ke atas hadrat Ilahi, saya dapat bersama dengan awak macam yang kita rancang.
tetapi... Hubungan kita semakin hari semakin dingin.
Semakin lama, awak semakin menjauhi saya. tetapi hati saya, tidak sedetik pun kurang dalam hati ini.
Ini kali pertama untuk saya hadapi semua ini.
Saya anggap Allah bagi ujian ini untuk uji kita , ingatkah kita kepada tuhan.
Sumpah Demi Allah, saya tak berniat langsung nak menyusahkan, menganiayai, dan tipu awak semua ini. Tiada faedah yang saya dapat kalau saya buat perbuatan tak baik macam itu.
Sumpah. Saya niat nak terima ikhlas awak. Tidak pandang masa yang lalu.
tetapi awak buang saya sampai saya tiada harga diri. Saya hairan kenapa semakin hari semakin tinggi awak benci pada saya. Hanya Allah je tahu, apa perasaan saya sekarang.
Hati awak keras. sangat keras. Saya berusaha nak lembutkan hati awak.
Doa pada Allah, yang saya yakin dan usaha untuk lembutkan hati awak sebagaimana kita mula-mula bercinta.
Hanya pada Allah, saya beserah. Niat dari tulus hati saya, saya nak bimbing kita ke syurga.
Semoga hidup kita diberkati, dan ada hikmah yang baik selepas ini.
Walau apa pun berlaku, Allah bagi ujian ini kepada kita.
Saya sayang kat awak. Sampai bila-bila.
Walau apa pun berlaku.
Terima Kasih.

Subscribe to:
Posts (Atom)