Kawan- kawan

Wednesday, December 29, 2010

AFF SUZUKI CUP : Final 1st leg

AFF Suzuki Cup Final memang hangat diperkatakan. .lebih- lebih lagi di Facebook dan Twitter..sesetengah group Malaysia sering dikunjungi oleh peyokong-penyokong FANATIK Indonesia untuk MENGHANGATKAN lagi suasana di pagi raya final diantara Malaysia dan Indonesia. .tiap-tiap minit, ada je post-post baru yang ley ditarik perhatian pengunjung-pengunjung group. .so, di sini xnk r cite panjang lebar, korang kunjungi r mane-mane group. .contoh group, Harimau Malaya, dan lain-lain. .

So, nk dipendekkan cerita. .aku dan Marzuki, Hadi, Aizat , Fat dan Muazzam pg Bukit Jalil nk tengok gig bola.
so, perjalanan agak sukar kerana tiada jalan yang luas. .tidak seperti tengok semi final dulu yang trnyata luas ketara. .so,da sampai Bukit Jalil, memang luas pemandangan dengan orang-orang yang banyak ..masa 2 da lewat da. .kami masuk stadium except Hadi yang lambat datang sedikit. .

Nak masuk stadium memang mencabar. .ada halangan-halangan seperti jalan yang sempit(orang ramai) dan tolak menolak. .yela. .kalo takde sikap begitu, tak dapat la nak duduk tempat best. .hampir 20 minit untuk masuk ke dalam stadium sahaja..memang agk best sebab da pandang orang yang berebut-rebut 2, dalam ati pikir "aku da masuk, padan muka korang xdpat masuk" . .tapi dengan keangkuhan itu, aku dapat pembalasan dengan tak dapat port duduk yang agak tak lawa. .sudut corner. .

baju taknak besar pulak kan. .



saat yang ditunggu-tunggu. .lagu Negaraku dan Indonesia. .so, mula2, lagu Indonesia dinyanyikan. .crowd Malaysia sebut BOooooOOOoo kepada crowd Indonesia. .masa lagu Negaraku dinyanyikan, satu stadium bergema dengan satu so.suara. .

so, bola sepak telah bermula. .bagi aku, 1st half adalah 50-50 possession. .Masing-masing team ada good try. .dan Malaysia juga bermain lagi baik daripada sebelum ini. .pandai mencari ruang. .Otto dan Gonzales main juga walaupun injured . .mungkin takut di tempat lawan. .da abis 1st half, rehat 15 minit. .banyak soalan dipikirkan oleh aku. .mampu ke Garuda tumbang di Bukit Jalil ini? . .Aku tanya Hadi , Hadi kata sengit, maybe 0-0. .Fad pula cakap 1-0. .Marzuki cakap ape aku da lupa. .Aku predict 3-0. .sama ngan angka tiket yang aku beli. .

2nd half menjelma. .semakin sengit serangan dilakukan di antara 2 team. .team Indonesia buat try. .Gonzales menguis dan Fahmi tidak tampan dengan kemas. .dan Gollllll. .oh. .aku kecewa. .tapi pengadil tepi kata offside. .oh. .syukur alhamduliillah. .so, selang beberapa minit, team Malaysia diberikan freekick(tendangan percuma) . .Safiq Rahim ambil tendangan. .tapi golkeeper Indonesia , Markus mahu stopkan perlawanan. .ramai crowd Malaysia terdiam. .kenapa????? baru ku teringat, Indonesia mahu boikot. .aduhh. .boikoot? gila ke? rugi r duit tiket. .selama 5 minit game tertangguh. .crowd Malaysia risau dan crowd Indonesia da bising-bising da. .da cuak da masa2. .pastu dengan mercun kat tngah padang nya.. .fulamakkk..lawa kot.. pastu referee suruh teruskan game. .so, lepas beberapa minit, Malaysia dapat golllll oleh Safee Ali. .ngan control yg superb oleh Shahrul. .caya la. .da lepas kawin, perform power. .Malaysia tak cukup 1 jew. .tambah r lagi 2 dengan jaringan Safee Ali lg dan Ashaari. .Caya la. .Da mase gol 2, memang da xley nak kate ape da. .loncat-loncat atas kerusi. .memang nak rak. .



So, perlawanan berakhir dengan Malaysia 3- 0 Indonesia. .pulang dengam riang. .tapi ada la 1 hal lg. .haha. .ni takboleh blah. .aku hilang. .da jalan-jalan 2, biasa r . .orang ramai kan. .aku duduk depan. .tengok2 pandang belakang takde pulan diorang. .cuak pulak aku. .so, aku tunggu kat entry nak pg lrt ke Sri Petaling. .lama gak tunggu. .mana la diorang ni. .nak call takde krdt. .pastu, nampak la kelibat diorang   kat lrt. .Marzuki yang muka masamnya tanya adik dia. .haha. .adik dia pulak yang hilang. .pastu cari-cari, dapat jumpa adik kesayangan dia Muazzzam. .pastu, Fad hilang pulak. .nasib baik dapat contact Fad, dye da otw balik. .

overall, Malaysia main superb r. .main kiri kanan. .pemain Indonesia seperti Otto dan Gonzales pun tak perform. .tabik kat Fadzli ,Muslim, Mahali dan Nasaruddin. .congrats..semua player Malaysia perform bagus .so, balun abis-abis 2nd leg kat GBK. .kekalkan prestasi dan majulah bola sepak untuk negara. .

No comments:

Post a Comment