Kawan- kawan

Friday, May 10, 2019

Nukilan Adik Buat Abang Tercinta...

Arwah Akmal sudah berkawin pada 5/2/2019..
Kepada yang tidak tahu, mohon maaf sebab tak sempat nak buat kenduri sebelah arwah abang..
Blog yang lepas bukan blog abang putus cinta..
Tapi blog untuk orang yang arwah sangat sayangi ..
Abang perlu rehat.. Rehat dari memikirkan orang yang abang sayang..
Abang perlu rehat.. Rehat dari usaha pergi ke banyak tempat demi untuk orang yang abang sayang..
Abang perlu rehat.. Rehat dari orang yang suka berkelakuan kasar pada abang..
Tidak mengapa abang, orang yang tidak mahu hargai abang.
Abang sabar orang mengata abang..
Bila adik, ummi dan ayah menasihati abang, abang selalu cakap "astagfirullah, sabar, La Hawla Wala Quwwata Illa Billah , selagi boleh usaha kita usaha."
Allahu kuatnya hati abang.
Kami sayang abang..
Abang.. sebenarnya hati abang sakit kan bila orang yang abang sayang layan abang macam tu..😒 Tapi abang kuat,kuat sangat..
Adik, ummi dan ayah yang nangis tengok orang buat kat abang macamtu..
Adik banyak pesan kan abang, "kalau abang bahagia, adik juga bahagia" .. Tapi adik ummi ayah juga rasa sakit bang..
Takpe abang, sekarang abang tak payah fikir apa dah 😒
Takpe abang kita biar orang buat kita, menfitnah keluarga kita ye..
Allah kan ada..
Abang seorang abang yang baik, anak yang baik iaitu sanggup berkorban dari segi kewangan dan sbgainya juga kawan yang baik, dan suami yang baik..
Moga Allah beri ganjaran kepada Abang.. Aamiin..
Abang, adik dah dah takde adik beradik lain dah, abang satu satunya abang dan adik beradik yang adik ada..
Abang lah harapan keluarga kita..
Selalu asyik teringat kat abang, tapi Ayah Ummi dan adik redha atas pemergian abang.. Kami sayang abang.
Sehingga akhir hayat adik, adik akan jaga ummi ayah kita baik baik ye..
Tidak mengapa, kita berpisah abang di dunia yang sementara, kita berjumpa di syurga yang kekal abadi 😊in shaa Allah, Aamiin..
Abang tunggu ya..

Al fatihah(baca) buat Muhammad Akmal Bin Yaakob..

Maafkan salah silap arwah Muhammad Akmal Bin Yaakob..
Mohon doakan arwah Muhammad Akmal Bin Yaakob..



Wednesday, May 1, 2019

Untuk Awak

Assalamualaikum,

saya harap satu hari nanti, awak baca nukilan yang tak seberapa ini.

Awak apa khabar? Sihat?

lagi 4 hari untuk genap 3 bulan kita bersama.

Saya bersyukur ke atas hadrat Ilahi,  saya dapat bersama dengan awak macam yang kita rancang.

tetapi... Hubungan kita semakin hari semakin dingin.

Semakin lama, awak semakin menjauhi saya. tetapi hati saya, tidak sedetik pun kurang dalam hati ini.

Ini kali pertama untuk saya hadapi semua ini.

Saya anggap Allah bagi ujian ini untuk uji kita , ingatkah kita kepada tuhan.

Sumpah Demi Allah, saya tak berniat langsung nak menyusahkan, menganiayai, dan tipu awak semua ini. Tiada faedah yang saya dapat kalau saya buat perbuatan tak baik macam itu.

Sumpah. Saya niat nak terima ikhlas awak. Tidak pandang masa yang lalu.

tetapi awak buang saya sampai saya tiada harga diri. Saya hairan kenapa semakin hari semakin tinggi awak benci pada saya.  Hanya Allah je tahu, apa perasaan saya sekarang.

Hati awak keras. sangat keras. Saya berusaha nak lembutkan hati awak.

Doa pada Allah, yang saya yakin dan usaha untuk lembutkan hati awak sebagaimana kita mula-mula bercinta.

Hanya pada Allah, saya beserah. Niat dari tulus hati saya, saya nak bimbing kita ke syurga.

Semoga hidup kita diberkati, dan ada hikmah yang baik selepas ini.

Walau apa pun berlaku, Allah bagi ujian ini kepada kita.

Saya sayang kat awak. Sampai bila-bila.
Walau apa pun berlaku.

Terima Kasih.



Saturday, March 17, 2018

To She That I most love

Assalamualaikum,

coretan ini khas untuk si dia yang ada di hati ku,

Hai, apa khabar?
Sorry sebab Aku bahasakn "saya" dan "awak"

Sy harap awak dalam sihat walafiat di sana..

Sy tak tahu nk dari mula mana, sebab jiwa ini sedang sakit dari sudut hati. Rasa macam tak dapat nak ungkapkn.
Sejak pertama kali lihat awak,  sy dapat rasakan awaklah orang nya. Sy memang ikhlas syg dengan awak dari awal lagi.
Sy terima awak seadanya.

Saya minta maaf sebab tak bawa awak jumpa keluarga cepat2. Salah saya sebab saya pikir anggapan lain tanpa memikirkan perasaan awak. Saya teruk. Saya akui.  Sebab sy pemalu dan tk pernah bawa mana2 perempuan jumpa dngn ibu sy. Banyak awak komen tentang sy, sy cuba perbaiki. Sebab saya tahu, jikalau saya lepaskan awak dari hidup sy, saya rasa sunyi. Saya happy dengan awak. Dan sekarang, saya rasa sedih. Saya rasa kecewa. Saya rasa lost. Sy tak tau apa nak jadi dngn diri sy. Sy takkan cari penganti awak. Sy da penat.

Sy rasa diri sy ini teruk awak. Hinanya saya di mata awak. Sy cuba pujuk awak tapi gagal. Sy rasa loser. Sy hairan kenapa hati sy ini tak boleh lupakan awak. Sy minta maaf jikalau sy bersikap kasar dngn awak.

Sy harap Allah jodohkn kita berdua. Terima kasih kerana memberi kasih syg wlaupun sementara. Terima kasih segalanya. Sy harap agar diberi peluang untuk bertemu dngn awak. Sy harap dpt memiliki awak satu hari nanti. Sy tk akan lupakan awak. Sy syg awak selamanya.

Terima kasih.
Assalamualaikum.



Sunday, August 31, 2014

Hidup Itu ada susah

Assalamualaikum,

Sejak beberapa hari ini, hidup aku tak tenang. Penuh dengan stress.

Stress dengan kerja, family dan lain lain. .

Aku tak tahu kenapa aku stress dan aku tak nak stress.

oh tuhan, berikanlah aku ketenangan!


Sunday, April 20, 2014

Selepas Ahad Ialah Hari Isnin


Akmal datang kembali.

Memang sibuk sakan semenjak "beberapa bulan" ni. .Hihi. .al maklum la. .sudah bekerjaya.
syukur Alhamdulillah. . dan terima kasih juga dekat kawan itu. .

So, bulan April ni da masuk bulan yang ke enam aku bekerja. .banyak liku liku yang aku tak jangka. .
yee. .memang betul study dan kerja adalah dua perkara yang bebeza. kalo dalam study, perasaan takut tu kurang sebab takde effect pun macam misalnya bangunan runtuh ke and so on. .kalo da keje, haa. ..
mula la takut tu da ada. .semua ini first time.. and aku still dalam pembelajaran, ,

Dan selain itu juga, aku pun jumpa macam-macam orang. kebanyakannya orang bangla, indon dan india sebagai "kongsi kong".

KONGSI KONG = pekerja buruh. .mula mula aku pun tak tau ape tu. .haha. .memang. .semua benda baru. .baru yang amat ketara. .kalo masa study, semua di dalam kertas, dan imagination pun kurang. .sekarang kalau da kerja, sudah nampak semua apa yang ada tulis di dalam kertas dulu. .

Dan aku juga dapat belajar perengai- perangai orang. .haish. .macam-macam. .tapi aku akan ingat perkara ini

" if u angry with someone, u must let it go. If u don't, it will make stress" - Mr Lay, Project Manager

yes. .memang kerja kat site memang tak wajib kalo takde sakit ati tiap tiap hari. .sebab ada benda- benda yang kita nak benda tu jadi elok, tapi nanti tak jadi elok. .Memang sakit hati kalau da jadi macam tu.

dan aku kerja 6 hari seminggu. .memang terasa penatnya kerja site ni. .penat. .penat. .dan aku harap kerjaya aku ni, aku dapat pengalaman yang lebih daripada apa yang aku expect. dan jujur dengan diri sendiri.

nanti akan aku uploadkan gambar gambar site Selayang. .

ok sekian, Assalamualaikum

Friday, March 22, 2013

Sometimes



Sometimes people laugh at you making you like stupid even you didn't do stupid thing.

Why?

A life never be fair. .

Thursday, February 28, 2013

memori di cochrane





Memori ini berlaku masa 2006 dan 2007, dan aku sebagai pelajar Form 4 dan Form 5 di   SMK Cochrane. Kelas yang aku duduk waktu itu 4 unggul dan 5 unggul. Sudah 6 tahun tak pergi sekolah tinggi tu kot. .

Kenapa aku cakap sekolah tinggi sebab ada 8 tingkat (tak silap aku) dan kelas aku masa itu dekat tingkat 2. Speciality of SMK Cochrane ada lift. .
Walaupun student tak dibenarkan naik lift kecuali guru-guru and ect. . tapi kadang-kadang curi jugak naik lift. .

First time masuk sekolah itu setelah aku pindah dari SMK Pandan Jaya sebab ingin berubah angin katanya.
Infrastrukturnya yang best dan cantik kaw memang da bomb membuatkan aku nak pergi sekolah itu.

Kelas masa batch aku ada 8 kelas, 3 kelas sastera, 3 kelas sains, 1 kelas akaun, dan 1 kelas kejuruteraan.

Aku amik kelas sains sebab orang kata. .

"sains open lagi, boleh masuk macam-macam"

so, aku tak tahu apa hala tuju aku, dan aku masuk la kelas sains. .


Kawan-kawan. .

Elyas, Amir, Raimi, Uuu, Vinod, Anan Babu, Hema, Vince, Benjamin, Shawn, Hakimi, dan lain-lain (sory sebab xberapa ingat) 

Kalau perempuan, Kina, Hanis, Wani, Suhaila, Zakiah (ingat sebab suka nyanyi lagu zakiah-hattan masa waktu itu. .haha) , Jowyn, Vadhana, Rachel, dan lain -lain. .haha. .sory tak ingat jugak. .


Mereka semua memang the best dengan telatah diorang semua. . Hema sebagai ketua kelas, memang meriah r. .

Aku tak tahu macam mana aku nak bagitahu yang apa yang best tentang 4 Unggul dan 5 Unggul bagi batch 2006/2007, dan gambar bawah boleh terangkan kowt   : )








miss u guyz...