Kawan- kawan

Wednesday, May 1, 2019

Untuk Awak

Assalamualaikum,

saya harap satu hari nanti, awak baca nukilan yang tak seberapa ini.

Awak apa khabar? Sihat?

lagi 4 hari untuk genap 3 bulan kita bersama.

Saya bersyukur ke atas hadrat Ilahi,  saya dapat bersama dengan awak macam yang kita rancang.

tetapi... Hubungan kita semakin hari semakin dingin.

Semakin lama, awak semakin menjauhi saya. tetapi hati saya, tidak sedetik pun kurang dalam hati ini.

Ini kali pertama untuk saya hadapi semua ini.

Saya anggap Allah bagi ujian ini untuk uji kita , ingatkah kita kepada tuhan.

Sumpah Demi Allah, saya tak berniat langsung nak menyusahkan, menganiayai, dan tipu awak semua ini. Tiada faedah yang saya dapat kalau saya buat perbuatan tak baik macam itu.

Sumpah. Saya niat nak terima ikhlas awak. Tidak pandang masa yang lalu.

tetapi awak buang saya sampai saya tiada harga diri. Saya hairan kenapa semakin hari semakin tinggi awak benci pada saya.  Hanya Allah je tahu, apa perasaan saya sekarang.

Hati awak keras. sangat keras. Saya berusaha nak lembutkan hati awak.

Doa pada Allah, yang saya yakin dan usaha untuk lembutkan hati awak sebagaimana kita mula-mula bercinta.

Hanya pada Allah, saya beserah. Niat dari tulus hati saya, saya nak bimbing kita ke syurga.

Semoga hidup kita diberkati, dan ada hikmah yang baik selepas ini.

Walau apa pun berlaku, Allah bagi ujian ini kepada kita.

Saya sayang kat awak. Sampai bila-bila.
Walau apa pun berlaku.

Terima Kasih.



No comments:

Post a Comment